PKPD: Beberapa kedai runcit dibenarkan beroperasi di Pusat Bandar Utara

Firdaus Azil
April 23, 2020 15:22 MYT
Semua kedai runcit tersebut beroperasi bermula 23 April dan waktu perniagaan ditetapkan adalah jam 10 pagi sehingga 6 petang sahaja. Gambar hiasan.
Kerajaan telah membenarkan beberapa kedai runcit dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur untuk terus beroperasi.
Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan (CMC WP) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengoperasian ini bagaimanapun adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Kenyataan itu menyebut, semua kedai runcit tersebut dibenarkan beroperasi bermula pada Khamis dengan waktu perniagaan ditetapkan adalah jam 10 pagi sehingga 5 petang sahaja.
“Senarai kedai runcit ini akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan SOP yang telah disediakan.
“Pengoperasian ini penting dalam usaha untuk memastikan keperluan dan kebajikan penduduk tetap terjamin sepanjang PKPD ini berlangsung sehingga 3 Mei,” katanya lagi.
Berikut adalah senarai kedai runcit yang terlibat:
#kedai runcit #Kementerian Kesihatan #Kuala Lumpur #Pasar Borong KL #Pasar Borong Selayang #PKPD Pusat Bandar Utara #SOP
;