PKPD 10 lokaliti di Sabah, Perak dan Pahang tamat tengah malam ini - Ismail Sabri
Faris Danial Razi
Jun 15, 2021 19:49 MYT
Jun 15, 2021 19:49 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 lokaliti di Sabah, Perak dan Pahang ditamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, keputusan itu diambil selepas kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dan atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata, PKPD di kawasan berikut ditamatkan tengah malam ini, lebih awal daripada dijadualkan:
Sabah
- Lorong Taman Utama 5,6,7 & 8, Taman Utama serta Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7, Taman Mawar di Sandakan.
- Kampung Sepagaya Hulu, Silam di Lahad Datu.
- Kampung Sugud di Penampang.
Perak
- Tiga perkampungan di Batu 9 Lekir, Mukim Lekir di Manjung iaitu Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9, Kampung Sungai Lombong.
- Felda Tersang 1,2 & 3, Mukim Batu Talam di Raub.
Selain itu, katanya PKPD di Taman Nikmat, Kampung Pirasan, Kampung Dundau di Kota Belud, tamat pada 16 Jun.
Sementara itu, beliau berkata, PKPD di Kampung Simpangan di Tuaran yang sepatutnya tamat pada 16 Jun, akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 kerana masih terdapat penularan wabak COVID-19.
“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melakukan 438 ujian saringan dan 24 daripadanya disahkan positif COVID-19.
“KKM juga mendapati masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk serta kes baharu juga telah direkodkan di lokaliti ini,” tambah Ismail Sabri.
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#PKPD
#COVID-19
#ujian saringan
#Sabah
#Pahang
#Perak
#tamat