PUTRAJAYA: Sebanyak 11 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 27 Ogos hingga 9 September ini, manakala satu lagi berkuat kuasa 26 Ogos hingga 8 September, 2021.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan itu berdasarkan analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan ia melibatkan 10 lokaliti di Sabah, serta masing-masing satu di Johor dan Pahang.
Rodzi berkata, di Sabah, ia melibatkan tiga lokaliti PKPD di Telupid, dua di Penampang, dua di Ranau, dan masing-masing satu di Tawau, Kudat, dan Papar, manakala PKPD di Pahang pula melibatkan lokaliti Ladang Cheerah, Bera.
Di Johor pula, Rodzy berkata, ia melibatkan Kampung Orang Asli, Masai, Johor Bahru, dan ia satu-satunya PKPD baharu yang berkuatkuasa esok.
Selain itu beliau berkata, arahan pelanjutan PKPD dikenakan di enam lokaliti di Tuaran, dan dua lokaliti di Tawau, Sabah.
Dalam pada itu, Rodzi berkata, berdasarkan pembentangan KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan, pada 26 Ogos ini.
Selain itu, arahan penamatan PKPD, turut dilaksanakan di 12 lokaliti di Tuaran, Kinabatangan, Tawau, Beluran, Kota Kinabalu, Kota Marudu, dan Tambunan, Sabah.
Berikut merupakan perincian PKPD baharu, lanjutan PKPD, serta penamatan PKPD seperti yang dinyatakan Ketua Pengarah MKN: -
PKPD BAHARU (27 OGOS - 9 SEPT)
Telupid, Sabah
1. Kampung Gading
2. Kampung Ulu Sapi
3. Ladang Melia
Penampang, Sabah
1. Beverly Hills Fasa 5
2. Kampung Nambazan
Ranau, Sabah
1. Kampung Lohan Ulu
2. Kampung Libang
Tawau, Sabah
1. Rancangan Batu 22 Apas
Kudat, Sabah
1. Kampung Landung Ayang
Papar, Sabah
1. Kampung Pengalat Kecil
Bera, Pahang
1. Ladang Cheerah
PKPD BAHARU (26 OGOS - 8 SEPT)
Johor Bahru, Johor
Kampung Orang Asli Kuala Masai
LANJUTAN PKPD (27 OGOS - 9 SEPT)
Tuaran, Sabah
1. Kampung Betutai
2. Kampung Bontoi
3. Kampung Kindu
4. Kampung Serusop
5. Taman Sri Rugading
6. Taman Telipok Ria
Tawau, Sabah
1. Kampung Bergosong, Pulau Sebatik
2. Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8
PENAMATAN PKPD (26 OGOS)
Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan
1. Kampung Jedip WCT
2. Kampung Seng Sang
3. Kampung Sendrop
Tuaran, Sabah
1. Kampung Bolong Baru
2. Kampung Sungai Damit
3. Kampung Simpangan
Kinabatangan, Sabah
1. Ladang Bukit Mas
2. Ladang Linbar 1
Tawau, Sabah
1. Kampung Kongsi 8
Beluran, Sabah
1. Perumahan Ladang Reka Halus
2. Perumahan Ladang Boustead Trunkline
Kota Kinabalu, Sabah
1. Kampung Mayang Padang, Telipok
Kota Marudu, Sabah
1. Kampung Batition
Tambunan, Sabah
1. Kampung Sunsuron
Astro Awani
Wed Aug 25 2021

Ketua Pengarah MKN Datuk Rodzi Md Saad dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan itu berdasarkan analisa KKM, dan ia melibatkan 10 lokaliti di Sabah, serta masing-masing satu di Johor dan Pahang. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.

Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.

Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.

Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.