PKPB: Waktu operasi pasar harian dilanjutkan dari 10 pagi hingga 4 petang
Hasimi Muhamad
November 27, 2020 18:22 MYT
November 27, 2020 18:22 MYT
PUTRAJAYA: Waktu operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang, berbanding 2 petang, sebelum ini.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai rungutan dan kekangan yang dihadapi peniaga-peniaga di kawasan tersebut.
"Sidang Khas hari ini berbincang mengenai perkara ini dan bersetuju untuk melanjutkan operasi pasar harian bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dengan penglibatan dan pengawasan pihak abatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat yang telah ditetapkan.
"Pelanjutan ini akan berkuat kuasa mulai esok, 28 November 2020.
"Pelaksanaan ini selari dengan pelanjutan waktu operasi premis perniagaan lain seperti kedai makan dan kedai runcit yang mendapatkan barangan daripada pasar harian ini," katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.
#perintah kawalan pergerakan
#SOP
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#Peniaga kecil
#waktu operasi pasar harian
#Menteri Kanan Pertahanan
#pasar harian