PKPB: Semua taman awam dibuka di Wilayah Persekutuan

Fauzi Suhaimi
Oktober 18, 2020 12:19 MYT
Perkara itu bagaimanapun perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapakan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Semua taman-taman awam di sekitar Wilayah Persekutuan akan dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, perkara itu bagaimanapun perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"SOP PKPB telah membenarkan aktiviti bersukan tertentu seperti di padang golf, gimnasium tetapi taman awam ditutup.
"Pihak kami selepas mengadakan konsultasi dengan MKN KKM memutuskan taman awam di Wilayah Persekutuan boleh dibuka dengan syarat kawalan pematuhan SOP," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini pada Ahad.

SOP PKPB membenarkan aktiviti bersukan tertentu.Padang Golf di buka.Gym dibuka.Tapi public park di tutup.JKKN WP selepas konsultasi dgn MKN KKM memutuskan TAMAN AWAM DI WP boleh di buka dgn syarat ada kawalan pematuhan SOP. Memberi peluang utk aktiviti riadhah yg dibenar shj.

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha itu bagi memberi peluang kepada warga kota melakukan aktiviti riadah.
Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti seperti gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dalam kawasan PKPB akan dibenarkan beroperasi semula, mulai esok (Isnin, 19 Oktober).
#perintah kawalan pergerakan bersyarat #Majlis Keselamatan Negara #perintah kawalan pergerakan #Tan Sri Annuar Musa #ismail sabri yaakob #Kementerian Kesihatan #PKPB #bola sepak #operasi #taman awam #COVID-19
;