PKPB: Sembilan sekatan jalan raya di laluan kritikal Lebuhraya Plus

Bernama
Oktober 14, 2020 20:00 MYT
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan malam ini berkata sekatan jalan raya itu bagi mengelakkan orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran, melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri melibatkan kawasan PKPB. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan sekatan jalan raya diadakan pihak berkuasa di beberapa laluan kritikal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa hari ini, hingga 27 Okt depan.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan malam ini berkata sekatan jalan raya itu bagi mengelakkan orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran, melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri melibatkan kawasan PKPB.
"Laluan kritikal di lebuhraya PLUS iaitu Plaza Tol Jalan Duta, Setia Alam, Shah Alam, Putra Mahkota, Sungai Buaya, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Lembah Beringin dan Seafield," katanya.
BACA SEMUA BERHUBUNG PKPB DI SINI
PLUS menasihatkan orang ramai supaya terus kekal berada di rumah, bagi mengawal penularan wabak COVID-19 bertepatan dengan semangat #KitaJagaKita, sekali gus membolehkan petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan selamat.
-- BERNAMA
#PKPB #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PLUS #Selangor #Kuala Lumpur #Putrajaya #Jalan Duta #Setia Alam #shah alam #Putra Mahkota #Sungai Buaya #Bukit Tagar
;