KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan sehingga 9 November depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan situasi peningkatan kes positif selain Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk negeri itu.
Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Semarak dan PPR Balung, Tawau, Sabah, berkuat kuasa 26 Oktober sehingga 8 November.
"PKPD di kedua-dua lokaliti ini akan melibatkan 4,266 rumah dengan 21,470 penduduk.
"Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan," katanya semasa sidang media di sini, pada Sabtu.
Semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun dilaporkan berkata, setakat ini terdapat 12,720 ujian COVID-19 yang keputusannya belum diterima.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata, PKPD di Asrama Pekerja Tropicana Petaling Jaya akan ditamatkan pada 25 Oktober seperti yang telah dijadualkan.
Bagaimanapun ujarnya, kawasan terbabit masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh negeri Selangor.
Astro Awani
Sat Oct 24 2020

Ismail mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Semarak dan PPR Balung, Tawau, Sabah. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).

71 peratus kadar penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 di Sabah
Di 19 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pula menempatkan sebanyak 4,161 katil dengan kadar penggunaan 23 peratus.

PKPB di Sabah, Lembah Klang antara tumpuan kenyataan DS Ismail Sabri hari ini
Lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.