PKPB: Pendekatan lokaliti, kluster digunakan elak peningkatan kes di zon merah

Hasimi Muhamad
Mei 6, 2020 15:02 MYT
Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), daerah zon merah COVID-19 kekal kepada 10 kawasan, setakat 12 tengah hari semalam.
Pendekatan lokaliti dan mengenalpasti kluster digunakan oleh kerajaan ketika ini dalam usaha untuk mengurangkan peningkatan kes penularan COVID-19 secara mendadak di negara ini.
Sehubungan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk pertambahan Zon Merah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Misalnya baru-baru ini kita kenalpasti kluster baharu dari warga asing. Jadi, kita fokus kepada warga asing yang positif COVID-19 dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit.
“Jadi, dari segi persediaan kita berdasarkan kawasan tersebut dan kita akan lakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Jadi, dari segi persediaan kita berdasarkan kawasan tersebut dan kita akan lakukan PKP secara pentadbiran untuk menghadapi apa disebut tadi (peningkatan kes di Zon Merah),” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), daerah zon merah COVID-19 kekal kepada 10 kawasan, setakat 12 tengah hari semalam.
#keselamatan #kluster #Media #PKP #PKPB #PKPD #zon merah
;