PKPB: Pembukaan semula rumah ibadat masih dalam perbincangan

Isabelle Leong
Mei 19, 2020 08:32 MYT
ISMAIL SABRI: Menteri Perpaduan sudah membentangkan perkara itu tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi. - Gambar fail
Kerajaan masih memperhalusi langkah pembukaan semula rumah ibadat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berbincang mengenai perkara itu dan belum mencapai persetujuan.
Katanya, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique sudah membentangkan perkara tersebut, namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu dikaji dengan mendalam.
“Menteri Perpaduan memaklumkan bahawa beliau akan jumpa semula dengan pemimpin-pemimpin agama selain Islam dan memberi cadangan balas yang dikemukakan dalam mesyuarat pagi tadi,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Selasa.
Ismail berkata, perkara tersebut akan dibincangkan semula seawal-awalnya Khamis ini di dalam mesyuarat khas.
“Jika mencapai persetujuaan, saya akan umumkan persetujauan yang dicapai,” katanya.
#aktiviti keagamaan #Datuk Halimah Sadique #ismail sabri yaakob #Menteri Perpaduan Negara #pembukaan semula #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPB #rumah ibadat