PKPB: MKN gariskan SOP bagi operasi sektor pertanian, industri asas tani
Astro Awani
Mei 1, 2020 16:29 MYT
Mei 1, 2020 16:29 MYT
Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi pada Jumaat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor terlibat.
Berikut senarai aktiviti, protokol dan arahan tetap di bawah kementerian itu seperti yang digariskan berdasarkan tindakan dan penerangan ringkas dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
1. Sektor Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
- Peraturan seperti penjarakan sosial, penggunaan pembasmi kuman, pembersihan dan sanitasi, penjagaan jarak pelanggan (satu meter) dan pengambilan suhu badan dan pemakaian topeng muka perlu dilaksanakan.
- Kehadiran dan maklumat peladang direkodkan setiap hari.
- Tempat perjumpaan peladang ditetapkan di satu tempat sahaja di PPK.
- Aktiviti pembersihan dibuat setiap hari.
- Keperluan peralatan keselamatan diri disediakan.
Peraturan seperti penjarakan sosial, penggunaan pembasmi kuman, pembersihan dan sanitasi, penjagaan jarak pelanggan (satu meter) dan pengambilan suhu badan dan pemakaian topeng muka perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
3. Sektor Perdagangan dan Keselamatan
Sektor ini perlu mengikut prosedur perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu, langkah-langkah pencegahan kebersihan perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
4. Sektor Perikanan
- Mewajibkan penggunaan hand sanitizer atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun di jeti/kompleks pendaratan ikan dan ladang akuakultur.
- Pemeriksaan dilaksanakan setiap hari terhadap nelayan, pekerja dan peraih dan mewajibkan pemakaian topeng muka kepada pekerja.
- Memastikan penjarakan sosial 1 meter semasa operasi pengumpulan dan penjualan.
- Pergerakan nelayan/pekerja dari rumah ke jeti/kompleks pendaratan ikan, dari rumah ke ladang dan dari ladang untuk pengambilan makanan dengan surat dari majikan atau lesen perikanan.
- Sanitasi di jeti/kompleks pendaratan ikan dilaksanakan setiap hari sebelum atau selepas jeti/kompleks dibuka.
- Permohonan sijil kesihatan dan/atau permit CITES (bagi spesies yang disenaraikan bawah Akta 686) oleh penternak melalui emel.
- Pemeriksaan di premis ditangguhkan kepada syarikat yang berdaftar dan terlibat dengan program pemantauan DOFM (pemeriksaan secara dokumentasi dilaksanakan).
Peraturan seperti penjarakan sosial, penggunaan pembasmi kuman, pembersihan dan sanitasi, penjagaan jarak pelanggan (satu meter) dan pengambilan suhu badan dan pemakaian topeng muka perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di ladang/ pusat pengumpulan/ pusat pengredan/ pusat pemprosesan/ pusat penjualan.
Selain itu, standard berikut juga perlu dilaksanakan di premis benih, baja, racun, peralatan jentera untuk pekerja dan pelanggan.
Majikan perlu memastikan penjarakan sosial satu meter sepanjang proses penghasilan produk IAT (penerimaan bahan mentah/ pemprosesan/ pembungkusan) dan semasa penjualan.
6. Sektor Makanan (Nanas) dan Penternakan
Bagi sektor perladangan nanas, pengantaran buah nanas ke kilang dan pemasaran buah nanas perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).
Bagi kedua-dua sektor tersebut, peraturan seperti penjarakan sosial, penggunaan pembasmi kuman, pembersihan dan sanitasi, penjagaan jarak pelanggan (satu meter) dan pengambilan suhu badan dan pemakaian topeng muka perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan.
#industri asas tani
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
#MKN
#MOA
#nanas
#nelayan
#operasi
#padi dan beras
#penternakan
#perdagangan
#perikanan
#pertanian
#pertubuhan peladang kawasan