PKPB Klang: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok
Isabelle Leong
Oktober 7, 2020 20:09 MYT
Oktober 7, 2020 20:09 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, akan membuat pengumuman lanjut bagi memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang dalam masa terdekat.
Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri pada Khamis, berhubung pelaksanaan PKPB itu.
“Kerajaan Selangor mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKPB itu.
“Saya akan mempengerusikan mesyuarat MKN berhubung pelaksanaan PKPB di Klang.
“Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang,” katanya menerusi satu hantaran di laman Twitter peribadinya pada Rabu.
Tambahnya, beliau akan memperhalusi dan meneliti pandangan semua pihak dalam aspek perebakan kes COVID-19 hingga kepada penguatkuasaan.
Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
Katanya, empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
#Amirudin Shari
#Selangor
#PKPB Klang
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#COVID-19
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#Sandakan
#Papar
#Tuaran
#Sabah
#Klang