PKPB: KKM masih tidak benarkan kedai gunting beroperasi walaupun di tempat terbuka
Hasimi Muhamad
Mei 7, 2020 17:32 MYT
Mei 7, 2020 17:32 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) masih tidak membenarkan kedai gunting untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun ia beroperasi di kawasan terbuka.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berikutan terdapat laporan di negara-negara luar termasuk Jepun dan Amerika Syarikat (AS) berhubung jangkitan COVID-19 dalam kalangan tukang gunting dan pelanggan.
Bagaimanapun, katanya KKM sedang memantau perkembangan kes positif sebelum mencadangkan kepada kerajaan untuk membuka sektor-sektor lain termasuk kedai gunting rambut.
“Jadi kita sedang memantau perkara ini dengan teliti sebelum kita membenarkan, mungkin secara berperingkat.
"Kita telah membenarkan kelongaran dalam PKPD dan kita bermula pada 4 Mei dan kita harap dalam tempoh masa dua minggu kita akan memantau perkembangan kes-kes sama ada peningkatan atau tidak sebelum kita membuka sektor-sektor lain, contohnya dalam bidang gunting rambut dan sebagainya.
“Jadi, kita akan memantau dan memberi nasihat dalm tempoh terdekat,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
#AS
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kedai gunting
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah