PKPB: Ini SOP bagi petugas sektor pertahanan
Astro Awani
Mei 1, 2020 14:15 MYT
Mei 1, 2020 14:15 MYT
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Sempena Hari Buruh pada Jumaat mengumumkan pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi bermula 4 Mei ini, beberapa garis panduan kesihatan dan keselamatan tetap perlu dipatuhi.
Ini termasuk industri pertahanan namun tertakluk kepada peraturan yang digariskan berdasarkan tindakan dan penerangan ringkas dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Aktiviti dan protokol:
1) Tindakan pencegahan penyakit & sekatan
Majikan perlu menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan mengikut standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2) Saringan kesihatan
- Menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner
- Melaksanakan saringan bagi mengesan simptom berkaitan COVID-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas setiap hari
- Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang / premis.
3) Laporan kesihatan (di premis dan penginapan pekerja yang disediakan syarikat)
- Laporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan sekiranya berlaku ketidakhadiran pekerja kerana demam atau bergejala.
- Pekerja yang mempunyai suhu badan 37.5° celcius ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang berdekatan.
- Pekerja tersebut tidak dibenarkan memasuki premis Syarikat
4) Pembasmian dan nyah kuman premis
- Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di kawasan umum (common space) seperti: lobi, lif, kafeteria, bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan pekerja, pusat rekreasi tertutup, tandas dan tempat pembuangan sampah / tong sampah.
- Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis setiap kali sebelum syif atau operasi bermula.
- Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer/disinfecting kits di pintu masuk, semua kawasan umum (common area) dan tempat-tempat lain di dalam kilang/premis
5) Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
- Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.
- Memastikan garis panduan amalan terbaik social / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi dan dilaksanakan khususnya di: kawasan-kawasan seperti production floor, kafeteria / kantin, bilik mesyuarat, surau, dewan serba guna (multipurpose hall) dan lain-lain yang berkenaan
6) Etika di kawasan umum dalam premis
- Kemudahan surau dan tempat ibadat dalam premis perlu dikawal dengan amalan dua orang pada satu masa.
- Operasi kantin/kafeteria hanya dibenarkan untuk penyediaan makanan & minuman berbungkus.
- Waktu rehat makan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat bergantung kesesuaian yang ditetapkan syarikat.
7) Pengangkutan pekerja
- Kenderaan pengangkutan pekerja yang disediakan oleh syarikat perlu menjalani proses pembasmian kuman dan nyah kuman setiap kali sebelum digunakan.
- Penjarakan sosial (secara selang-seli) semasa berada dalam kenderaan.
- Kenderaan persendirian digalakkan untuk disanitasi sendiri oleh pekerja mengikut tatacara yang bersesuaian.
8) Penginapan pekerja (jika disediakan majikan)
- Penjarakan sosial hendaklah dilaksanakan di kawasan tempat tidur, tandas, bilik mandi, tempat ibadat, ruang makan dan lain-lain.
- Proses pembasmian perlu dilakukan setiap hari mengikut masa yang ditetapkan majikan.
9) Tindak balas kecemasan
- Syarikat perlu mewujudkan Jawatankuasa Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan (terdapat jangkitan atau siasatan jangkitan COVID-19).
- Syarikat bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kos saringan dan perubatan bagi pekerja yang didapati positif serta kos saringan bagi kontak rapat di premis yang syarikat yang sama.
- Kos pembasmian dan nyah kuman di premis perlu ditanggung oleh syarikat.
- Syarikat perlu menyediakan penginapan alternatif bagi tujuan kuarantin dan kos perlu ditanggung oleh syarikat.
Waktu beroperasi adalah 24 jam manakala waktu kehadiran pelanggan bermula 9 pagi sehingga 6 petang melibatkan 100 peratus kapasiti pekerja.
#COVID-19
#Industri Pertahanan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#PKPB
#prosedur operasi standard
#SOP