PKPB hanya di Mukim Klang, ini 5 perkara tumpuan Menteri Kanan Pertahanan

Faris Danial Razi
Oktober 8, 2020 17:45 MYT
Ismail Sabri berkata, PKPB yang akan dilaksanakan di mukim Klang bermula tengah malam ini tidak menjejaskan operasi di Pelabuhan Klang.
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Klang tengah malam ini hanya membabitkan mukim Klang sahaja, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berikut adalah perincian sidang media disampaikan oleh Ismail Sabri hari ini.
1) PKPB di Klang yang akan berkuat kuasa tengah malam ini hanya dilaksanakan di kawasan mukim Klang, namun Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa.
2) Pengangkutan awam seperti bas, teksi termasuk e-hailing dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam.
3) PDRM tahan 420 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, 380 individu dikompaun.
4) Bermula 24 Julai sehingga 7 Oktober 2020, seramai 43,968 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa
5) Sehingga 8 Oktober 2020, sebanyak 270 kertas siasatan dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan COVID-19
#ismail sabri yaakob #PDRM #SKMM #Media #Klang #kerajaan #koronavirus #PKPB
;