PKPB: Dua SJR, tiga jalan ditutup di Bukit Kuda

Bernama
Oktober 9, 2020 10:50 MYT
PDRM mula melakukan sekatan jalan raya di Taman Sri Andalas, Klang bagi memastikan orang awam tidak melanggar Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa 12 tengah malam tadi. -Bernama
SHAH ALAM: Polis Klang Utara melaksanakan dua sekatan jalan raya (SJR) dan menutup tiga jalan di sekitar Bukit Kuda dekat sini, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang, berkuat kuasa hari ini hingga 23 Okt.
"Pihak polis juga akan menutup tiga jalan di kawasan Bukit Kuda iaitu Lorong Perak, Jalan Raksa 3 dan Jalan Raksa 4," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke Lorong Lintang Raksa 2, Jalan Raksa 3 dan Pangsapuri Bukit Kuda perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke lain-lain kawasan di daerah Klang Utara setakat ini," katanya.
Nurulhuda turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi PKPB dan tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
Masyarakat boleh menghubungi Bilik Gerakan Op COVID-19 di talian 03-3376 2400 untuk sebarang pertanyaan atau aduan, katanya.
-- BERNAMA
#Klang #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPB #polis #operasi #SOP #COVID-19 #koronavirus
;