PKPB diumum di Zon Nilai, PKPD di Putra Point Nilai

Astro Awani
Oktober 26, 2020 10:19 MYT
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Nilai, Negeri Sembilan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Zon Nilai, Negeri Sembilan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bakal berkuatkuasa 28 Oktober hingga 10 November ini.
"Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB ini adalah sama seperti PKPB yang diumumkan sebelum ini iaitu antaranya semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, semua aktiviti dan majlis sosial adalah tidak dibenarkan, aktiviti-aktiviti di masjid dan surau tidak dibenarkan, kecuali bagi laungan Azan dan solat lima waktu dengan jumlah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
BACA: PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya dilanjutkan 14 hari lagi
Pada masa sama, sidang khas juga bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point Nilai berkuatkuasa 28 Oktober 2020 sehingga 10 November 2020.
Terdapat dua lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di Putra Point Nilai yang dikesan menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19 iaitu :
• Jalan BBN 1/7B dan Jalan BBN 1/7F
• Jalan BBN 1/2E.
Pelaksanaan PKPD ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
SOP PKPB dan SOP PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan layari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk maklumat lanjut.
#PKPB #PKPD #Ismai Sabri Yaakob #nilai #Negeri Sembilan #SOP #COVID19 #Putra Point Nilai #Menteri Kanan Pertahanan #ismail sabri yaakob #Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan