PKPB di Sarawak dilanjutkan sehingga 15 Mac
Astro Awani
Februari 26, 2021 18:49 MYT
Februari 26, 2021 18:49 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak sehingga 15 Mac depan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih berlaku peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.
"Sebanyak 2,623 kes direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari lalu.
"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini," katanya.
Beliau menjelaskan kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sarawak yang dijadualkan tamat pada 1 Mac nanti.