PKPB di Sabah, Lembah Klang antara tumpuan kenyataan DS Ismail Sabri hari ini

Firdaus Azil
Oktober 12, 2020 09:10 MYT
Seramai 663 individu ditahan semalam kerana ingkar PKP, dengan 617 daripada mereka dikompaun dan 44 individu direman. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
1. Kerajaan laksana PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober.
2. Kerajaan laksana PKPB di Sabah bermula tengah malam ini, sehingga 26 Oktober.
3. Kerajaan laksana PKPD di Felda Umas, Tawau bermula tengah malam ini, sehingga 26 Oktober.
4. Seramai 663 individu ditahan semalam kerana ingkar PKP, dengan 617 daripada mereka dikompaun dan 44 individu direman.
5. Seramai 76 PATI ditahan kerana cuba membolos sempadan negara.
#pkpb lembah klang #pkpb kuala lumpur #pkpb selangor #pkpb putrajaya #redzone #Ismail Sabri #pkpb sabah #Tawau