PKPB di Raub, aktiviti sosial antara punca kenaikan kes mendadak

Astro Awani
April 29, 2021 19:04 MYT
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob, kes positif turut dikesan di sekolah malah membabitkan pelajar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Aktiviti sosial dikenal pasti antara punca penularan mendadak kes COVID-19 di daerah Raub, Pahang sehingga menyebabkan tercetusnya Kluster Raub Jaya.
Bahkan, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob, kes positif turut dikesan di sekolah malah membabitkan pelajar.
Susulan peningkatan kes di kawasan tersebut, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Gali dan Tras.
“Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh daerah Raub.
“KKM melaporkan terdapat peningkatan kes aktif dalam tempoh 9 hari ini apabila telah merekodkan sebanyak 83 kes positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, kedua-dua arahan itu berkuat kuasa pada 30 April hingga 13 Mei 2021.
Taburan kes COVID-19 itu melibatkan:
MUKIM GALI
Bandar Raub
Sungai Ruan
Kampung Baru Sempalit
MUKIM TRAS
Kampung Sang Lee
Kampung Baru Tras
Kampung Sungai Cheetang
Tambah Ismail Sabri, pelaksanaan PKPB dan PKP itu adalah untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain.
#ismail sabri yaakob #Menteri Kanan #aktiviti sosial #KKM #Kementerian Kesihatan Malaysia #Pahang #Raub #sekolah #pelajar #COVID-19 #kes positif #perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPB #Mukim Gali #mukim tras
;