PKPB di Kampung Padang Che Mas, ini lima tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan
Isabelle Leong
Oktober 16, 2020 16:36 MYT
Oktober 16, 2020 16:36 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah mulai 18 Oktober sehingga 31 Oktober ini.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat (16 Oktober 2020):
1) Seramai 481 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Daripada jumlah itu, seramai 470 individu dikompaun, 10 lagi direman dan satu dijamin.
3) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (208), gagal menjaga penjarakan fizikal (145) dan premis perniagaan gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (82).
4) Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah dari 18 hingga 31 Oktober.
5) Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada kompleks beli-belah 1 Utama untuk kembali beroperasi pada Sabtu, 17 Oktober.
#PKPB
#Kampung Padang Che MAs
#Baling
#Kedah
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#One Utama
#1 Utama
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan