PKPB: Anda pengendali makanan? Ini SOP dan garis panduan yang perlu dipatuhi

Hakim Rahman
Mei 1, 2020 15:58 MYT
Kegagalan mematuhi garis panduan yang ditetapkan boleh membawa kepada implikasi undang-undang.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini untuk memulakan semula ekonomi termasuklah bagi sektor makanan.
Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi.
1. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung)
Waktu menerima pelanggan
7.00 pagi hingga 10.00 malam
Garis panduan dan SOP
- Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja
- Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter
- Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja
- Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial
- Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
- Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
- Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan Tetap
2. Kenderaan Saji (Food Truck) / Penjaja Beredar / Penjaja Tepi Jalan (Sementara)
Waktu kehadiran pelanggan
7.00 pagi hingga 10.00 malam
Garis panduan dan SOP
- Mengambil dan rekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
- Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
- Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasaskan alkohol
- Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
- Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap
3. Pasar awam berbumbung / Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)
Waktu kehadiran pelanggan
6.00 pagi hingga 6.00 petang
Garis panduan dan SOP
- Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
- Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
- Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
- Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
- Saringan kesihatan (suhu badan, simptom dan riwayat kontak dengan pesakit COVID 19) kepada semua pekerja warga tempatan dan asing yang memegang permit kerja (Pasar Borong)
Arahan tetap
4. Pasar Segar Terkawal
Waktu kehadiran pelanggan
7.00 pagi hingga 11.00 pagi
Garis panduan dan SOP
- Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
- Jarak antara meja/ gerai 2 meter
- Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
- Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
- Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap Contoh
-Set 1 (Selasa-Khamis-Sabtu)
-Set 2 (Rabu-Khamis-Ahad)
5. Pasar raya mini / Kedai runcit / Kedai serbaneka
Waktu kehadiran pelanggan
8.00 pagi hingga 8.00 malam
Garis panduan dan SOP
- Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
- Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa
- Penggunaan penanda di lantai, terutamanya di kawasan sesak seperti di kaunter pembayaran, bagi memastikan jarak 1 meter
- Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
- Pembersihan secara kerap menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
- Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain lain)
Arahan tetap
#ekonomi #gerai makanan #kerajaan #keselamatan #makanan #operasi #pendidikan #SOP
;