PKP tidak dilanjut, ini 5 tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Umavathi Ramayah
Mac 2, 2021 18:33 MYT
Mac 2, 2021 18:33 MYT
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini, tidak akan dilanjutkan, tetapi diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes COVID-19 menunjukkan trend penurunan dengan kadar kebolehjangkitan yang menurun daripada 1.2 kepada 0.8.
Berikut adalah lima perkara yang dinyatakan beliau pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.
1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatakan (PKPD) di Flat Sibujaya dan Perumahan Townvilla, Sibu, Sarawak ditamatkan.
2. Semua majlis rasmi,tidak rasmi kerajaan, swasta, majlis sosial seperti majlis perkahwinan dibenarkan.
3. Aktiviti pelancongan di kawasan PKPB dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti, PKPP mengikut keluasan premis.
4. Spa, refleksologi, urut, wellness termasuk perkhidmatan pedicure dan manicure dibenarkan.
5. PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditamatkan, digantikan dengan PKPB.
#ismail sabri yaakob
#majlis perkahwinan
#PKP ditamatkan
#PKPB
#aktiviti sosial
#pelancongan
#Kementerian Pertahanan