PKP: 'Terkurung' 41 hari, pelajar IPT akhirnya dibenar pulang

Isabelle Leong
April 27, 2020 06:00 MYT
Sejumlah 164 pelajar UM pulang ke kampung halaman menaiki 10 buah bas ke 10 destinasi di tiga negeri malam tadi. -Gambar UM
Selepas "terkurung" selama 41 hari di dalam asrama kampus masing-masing, akhirnya pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tinjauan Astro AWANI di pusat pelepasan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 10 buah bas membawa 164 pelajar bergerak pulang ke 10 destinasi di tiga negeri (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang).
Sama seperti pelajar-pelajar IPT lain, penuntut UM ini sudah terkandas di kampus dan hostel susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.
Mereka antara pelajar universiti kumpulan pertama yang dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir untuk melihat proses pelepasan kumpulan pelajar tersebut.

Meninjau proses penghantaran pulang pelajar IPT ke kampung halaman masing-masing di Universiti Malaya malam ini. Proses berjalan dengan baik dan lancar. Semoga selamat tiba di destinasi dan bertemu keluarga tersayang. pic.twitter.com/NBmEmioXhZ

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) April 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut menyampaikan sumbangan bekalan makanan untuk bersahur kepada para pelajar sebelum mereka bergerak menaiki bas yang ditetapkan.
Kesemua bas meninggalkan pekarangan Dewan Tunku Canselor, UM sekitar jam 11.55 Isnin malam.
Sementara itu, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad menyampaikan sumbangan makanan kepada 150 pelajar IPT di situ.
Proses penghantaran pulang oleh Kementerian Pengajian Tinggi melibatkan 790 pelajar IPT dari sembilan pusat pelepasan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada Isnin malam.
Senarai IPT yang berfungsi sebagai pusat pelepasan (departure point):
a. IPTA:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur
(UTM KL)
Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Kuala Lumpur (USIM KL)
b. POLITEKNIK: Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Semoga perjalanan dan segala urusan pelajar-pelajar ini dipermudahkan Dan semoga pengajian secara dalam talian berlangsung dengan baik, lancar dan tidak dibelenggu dengan masalah jaringan internet.@501Awani #KekalTenang #SihatkanMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/s6E9EXisYV

— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) April 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#balik kampung #Dr Noraini Ahmad #Institusi Pendidikan Tinggi Awam #ismail sabri yaakob #Kedah #pelajar IPT #Perlis #pulau pinang #terkandas #terkurung #UM #universiti malaya #zon tengah #zon utara
;