PKP: Tak perlu cap polis, hanya dua dokumen ini sahaja jika anda bekerja - MITI

Harits Asyraf Hasnan
Mei 10, 2021 06:11 MYT
Wujud kekeliruan terutama dalam kalangan mereka yang bekerja tetapi terpaksa merentas daerah atau negeri, susulan larangan yang berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Individu yang memiliki surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi aktiviti ekonomi tidak perlu untuk mendapatkan cop pengesahan polis.
Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan MITI ketika mengesahkan persoalan salah seorang pengadu.
Pemilik akaun @nrxtqh memaklumkan kepada MITI bahawa polis menyatakan dia perlu mendapatkan cop polis walaupun dia memiliki surat syarikat.
"Terima kasih atas makluman Cik.
Salam.. @PDRMsia @PDRMsia_Trafik mohon maklum ya. Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicop," memetik hantaran Twitter @MITIMalaysia.

Terima kasih atas makluman Cik. Salam.. @PDRMsia @PDRMsia_Trafik mohon maklum ya. Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicop.

— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) May 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi lembaran fakta yang dikongsikan MITI, pergerakan rentas daerah atau negeri untuk tujuan kerja hanya memerlukan dua dokumen di bawah.
i) Surat kebenaran MITI (atau rujuk surat kebenaran yang dikeluarkan kementerian atau agensi yang berkenaan bagi sektor tertentu); DAN
ii) Pas pekerja ATAU surat majikan

Dalam pengumuman kami tempoh hari, pekerja memang perlu bawa surat kebenaran MITI atau dari mana-mana Kementerian/Agensi yang mengawal selia sektor mereka Tuan, sertakan sekali dengan pas pekerja ATAU surat majikan. pic.twitter.com/BJljb761sB

— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) May 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wujud kekeliruan dalam kalangan mereka yang bekerja tetapi terpaksa merentas daerah atau negeri, susulan larangan yang berkuat kuasa hari ini.
BACA: Larangan rentas daerah, negeri di seluruh negara 10 Mei sehingga 6 Jun
Beberapa persoalan melibatkan rentas daerah dan negeri berkait aktiviti ekonomi turut dijawab MITI menerusi akaun media sosial Twitter mereka @MITIMalaysia
#MITI #Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri #aktiviti ekonomi #rentas negeri #media sosial #ekonomi #Twitter #rentas daerah #SOP rentas daerah #pekerja rentas daerah negeri #PKP #SJR #Sekatan Jalan Raya