PKP: Polis tutup lapan jalan di Kajang
Bernama
April 6, 2020 04:30 MYT
April 6, 2020 04:30 MYT
Polis daerah Kajang akan melaksanakan penutupan lapan jalan di beberapa lokasi dan penambahan sekatan jalan raya bermula Rabu (8 April).
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff berkata penutupan jalan itu membabitkan laluan ke Pekan Kajang yang bertujuan mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua bagi membendung penularan wabak COVID-19.
“Laluan itu membabitkan Jalan Sungai Chua-Susur Terowong KTM; Jalan Reko-MRT; Jalan Cheras- Jalan Timur (depan Masjid Jamek Kajang); Jalan Semenyih- Jalan Low Ti Kok; dan susur turun ke Jalan TTDI Grove 2/1 dari arah Persiaran Saujana Impian dan penutupan Jalan TTDI Grove 1/1
“Laluan lain yang ditutup adalah Persiaran Saujana Impian-Jalan Melor 1; Jalan Sungai Kantan dari arah Desa Jenaris dan dari arah Persiaran Saujana Impian; serta sempadan Bandar Seri Putra- Nilai 3,” katanya dalam kenyataan di sini.
Jelasnya, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu dari arah Persiaran Saujana Impian dan Lebuhraya Grand Saga adalah melalui Jalan Cheras ke Kajang, dari arah Sungai Chua melalui Lebuhraya SILK ke Lebuhraya Grand Saga ke Jalan Cheras Kajang.
Beliau berkata laluan alternatif lain adalah dari Jalan Reko melalui Lebuhraya SILK; Jalan Bukit ke Pekan Kajang; Jalan Low Ti Kok; Jalan Timur melalui Jalan Cempaka Kuning; Cempaka Putih; Pekan Kajang dan laluan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang; Mahkamah Kajang; MPKJ; dan Kajang Plaza Medical Centre adalah melalui Jalan Timur dan Cempaka Kuning.
Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata, setakat ini tujuh sekatan jalan raya dilaksanakan di daerah berkenaan iaitu di Lebuhraya Grand Saga (hala ke Kuala Lumpur); Plaza Tol Kajang; Plaza Tol Bangi; Plaza Tol Bandar Sri Putra; Plaza Tol Kajang Selatan (LEKAS); Batu 21 Sungai Lui, Hulu Langat; dan SJR Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat.
Menurutnya, pihaknya akan menambah tiga sekatan jalan raya di tiga lokasi iaitu Km1 Lebuhraya Besraya (hala ke UPM); Sungai Ramal Dalam (hala ke Putrajaya); dan Jalan Cheras Batu 14 (depan KPJ Kajang–hala ke Kajang) bermula tengah malam 8 April.
-- BERNAMA
#Ahmad Dzaffir Mohd Yussoff
#Cheras
#COVID-19
#jalan tutup
#Kajang
#koronavirus
#laluan alternatif
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#polis
#Sekatan Jalan Raya