PKP: Polis Petaling Jaya tambah dua lagi SJR

Bernama
Mei 8, 2021 04:15 MYT
Lokasi SJR itu membabitkan Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kannagapuram di bawah Lebuhraya Baru Pantai (NPE). - Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Petaling Jaya menambah dua lagi sekatan jalan raya (SJR) melibatkan daerah itu susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 6 Mei hingga 17 Mei ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lokasi SJR itu membabitkan Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kannagapuram di bawah Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
"SJR di Lebuhraya Persekutan bermula pada 4 petang ini sementara SJR di Taman Kannagapuram pada 12.01 malam ini," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohamad Fakhrudin berkata di daerah Petaling Jaya, hanya empat lokasi SJR dikekalkan membabitkan Tol Sungai Buloh, Tol Kota Damansara, Tol Damansara dan Tol Subang.
Beliau turut menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP supaya jaringan wabak COVID-19 dapat diputuskan.
-- BERNAMA
#polis petaling jaya #tambah SJR #Sekatan Jalan Raya #perintah kawalan pergerakan #Petaling Jaya #COVID-19 #PKP #SOP #polis
;