PKP: PM puji rakyat Malaysia, barangan keperluan di pasar raya penuh

Harits Asyraf Hasnan
Mac 29, 2020 07:57 MYT
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan pemantauan di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur untuk melihat sendiri amalan penjarakan sosial selain stok keperluan harian - Foto Twitter/@MuhyiddinYassin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji rakyat Malaysia yang semakin peka akan keperluan penjarakan sosial.
Beliau yang membeli barang di sebuah pasar raya di ibu negara turut memantau stok barangan keperluan harian.
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya.
“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” kongsi Muhyiddin dalam muat naik status di laman sosialnya.
Kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa bekalan makanan dan keperluan asas rakyat mencukupi sekaligus tiada keperluan untuk rakyat melakukan pembelian panik.

Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik. pic.twitter.com/efqp1jEv8e

— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#barangan harian #keperluan asas #keperluan harian #kerajaan #Muhyiddin tinjau pasaraya #Muhyiddin Yassin #penjarakan sosial #Perdana Menteri #rakyat #rakyat Malaysia #social distancing