PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang
Astro Awani
Mei 31, 2021 05:32 MYT
Mei 31, 2021 05:32 MYT
GOMBAK: Polis Gombak menambah dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) dua hala dekat Kilometer (km) 14 Jalan Ipoh-Rawang susulan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, ini menjadikan jumlah SJR di bawah pentadbirannya sebanyak lapan lokasi, iaitu empat statik dan empat mobil.
Ia akan dipantau selama 24 jam.
Jelasnya, terdapat beberapa penutupan jalan kekal iaitu di Jalan Selayang Segar dan Jalan Selayang Pandang.
Ia bagi memastikan total lockdown yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 14 hari bermula 12 malam tadi dipatuhi sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Hasil pemeriksaan rambang malam ini, beberapa kenderaan kita periksa menunjukkan mereka faham ada peraturan baharu, ada SOP baharu, iaitu tidak boleh bergerak lebih dari 10km radius untuk membeli barang keperluan.
"Mereka juga perlu mempunyai kebenaran merentas daerah bagi tujuan tertentu. Jadi, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak akan memperketatkan kawalan dan juga pemeriksaan di lokasi ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di lokasi SJR yang baru didirikan di Km 14, Jalan Ipoh-Rawang malam tadi.
Arifai menegaskan, tidak akan ada kompromi terhadap mereka yang ingkar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kali ini.
Kekuatan anggota dan pegawai termasuk agensi sahabat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kerja Raya turut serta dalam melancarkan operasi pematuhan berkenaan.
#perintah kawalan pergerakan
#Sekatan Jalan Raya
#surat kebenaran
#total lockdown
#perintah berkurung
#Gombak
#SJR
#Jalan Ipoh
#Rawang
#ekonomi
#Majlis Keselamatan Negara
#Arifai Tarawe
#IPD Gombak
#PKP Penuh
#sekatan pergerakan penuh