PKP: Pemeriksaan teliti punca kesesakan trafik di Plaza Tol Gombak - Polis

Afiezy Azaman
Mei 29, 2021 11:29 MYT
Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak keluar dari ibu negara berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol berkenaan. -Foto tular
KUALA LUMPUR: Kesesakan trafik keluar dari ibu negara dikesan di Plaza Tol Gombak pagi ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, kesesakan sepanjang 1 kilometer (km) itu berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di plaza tol berkenaan.
"Ya betul, kerana pasukan memeriksa dengan betul," katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Ditanya sama ada kesesakan itu berpunca daripada pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung susulan pengumuman 'total lockdown', beliau berkata perkara itu akan disiasat.
"Ini akan disiasat terlebih dahulu, saya menghala ke lokasi (Plaza Tol Gombak)," kata Arifai.
Terdahulu, tular di media sosial muat naik gambar menunjukkan kesesakan di Plaza Tol Gombak yang melalui sekatan jalan raya.

10.58am KL:-KARAK@E8 : Trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) May 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

[BARU DITERIMA] Polis sahkan kesesakan sepanjang 1 Km berlaku di Plaza Tol Gombak keluar dari ibu negara, hari ini. Siasatan sedang dibuat sama ada kesesakan berpunca daripada orang ramai pulang ke kampung disebabkan 'total lockdown' - KPD Gombak @501Awani pic.twitter.com/xlqOwnkHuM

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) May 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sekatan Jalan Raya #total lockdown #kesesakan #Plaza Tol Gombak #Arifai Tarawe #PKP #SJR #tol #media sosial
;