PKP: Pasar malam, kedai gunting rambut, pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi - Ismail Sabri

Astro Awani
Februari 4, 2021 17:34 MYT
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membenarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai esok (Jumaat).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.
“Setelah berbincang dan melihat bahawa tiada kluster-kluster baharu yang dihasilkan oleh ketiga-tiga aktiviti ini.
“Maka mesyuarat bersetuju untuk meluluskan pasar malam dibenarkan beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP yang ketat, antara jarak gerai dan gerai satu meter, laluan keluar masuk berbeza dan kawalan yang ketat oleh RELA,” katanya
Bagi kedai gunting dan salun, ia dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dengan hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan.
"Perkhidmatan lain seperti ‘facial’ (rawatan muka) tidak dibenarkan.
"SOP ketat iaitu petugas perlu pakai pelitup muka dan juga lebih baik jika ada face shield, dan apron pakai buang dengan sekali penggunaan," katanya.
Selain itu, pusat cuci kereta juga dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

Pasar malam, kedai gunting dan salun rambut serta pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#HapusCOVID19 #Darurat #AWANIterkini pic.twitter.com/dw2nkkaEbS

— Astro AWANI (@501Awani) February 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kedai gunting rambut #pusat cuci kereta #salun #pasar malam #Menteri Kanan Pertahanan #ismail sabri yaakob #SOP #PKP
;