PKP: Lapan premis diarah tutup, langgar SOP PKP - Ismail Sabri

Fareez Azman
Jun 28, 2021 19:05 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak lapan premis diarahkan ditutup selepas melanggar SOP PKP yang ditetapkan kerajaan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan premis diarahkan tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan kerajaan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media pada Isnin.
"Pada 27 Jun 2021, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan 2,047 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,899 premis perniagaan.
"Dari jumlah itu, sebanyak lapan premis telah diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP," katanya.
Jelasnya, kerajaan akan mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan SOP COVID-19 di sektor pengilangan dan premis perniagaan.
Tambah Ismail, sebanyak 88,238 pemeriksaan telah dilaksanakan Task Force Operasi Pematuhan pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, seramai 17 pendatang tanpa asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng yang dijalankan.
Dalam operasi itu, sebanyak tujuh buah kenderaan darat turut dirampas dipercayai digunakan bagi tujuan tersebut.
#SOP #pati #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #PKP #langgar SOP #ismail sabri yaakob #Menteri Kanan Pertahanan #Op Benteng
;