PKP lanjut sehingga 14 April, kata kunci Ramadan trending di media sosial

Asyraf Roslan
Mac 25, 2020 15:22 MYT
Ada juga yang memikirkan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini mungkin memberi impak negatif dalam sumber pencarian mereka.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Tujuan pelanjutan ini adalah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
Namun selepas pengumuman tersebut ada beberapa kata kunci yang trending di media sosial iaitu 14 April dan juga Ramadan.
Pengguna media sosial kebanyakan risau sekirannya akan berlaku pelanjutan selepas tarikh tersebut sekali gus tidak dapat merasai nikmat menyambut Ramadan.

Looks like well be staying at home longer. Until 14th of April. Teruskan mengikut arahan. Dont lose hope please everyone. We can do this! Stay united and keep encouraging each other to keep a positive mindset. Malaysia boleh Berilah kerjasama kepada pihak berkuasa!

— Sakinah Al-Habshee (@serenitysakinah) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada antara mereka yang meminta agar rakyat Malaysia patuh dengan PKP agar dapat mengakhiri penularan wabak ini sebelum bulan Ramadan yang akan tiba lebih kurang sebulan sahaja lagi.
Bukan itu sahaja, ada juga yang memikirkan peniaga-peniaga kecil yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini mungkin memberi impak negatif dalam sumber pencarian mereka.
Ini antara respon pengguna media sosial.

Tolonglah duduk rumah,jaga diri and family.Sekurang-kurangnya biarlah dapat sambut Ramadhan & Hari Raya dengan tenang nanti. Amin. https://t.co/Yamij0cyeA

— aina (@soimnash1) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

RMO has been extended till 14/4. Please stay at home guys! we all can change this before ramadhan! Nak sambut ramadhan dengan tenang

— Syifaa Azman (@Syifope) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Im thinking of peniaga peniaga kecil yang berniaga di bazar ramadhan, bisnes bisnes fashion yg dh pam modal untuk raya tahun ni. Ya Allah , permudahkan lah urusan mereka..

— Bossbaby (@Iffah_Azhan) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

ya allah harap harap kes covid19 ni dapat diselesaikan sebelum ramadhan taknak la kena kuarantin time puasa.nak solat terawih,nak perti bazaar ramadhan do

— nadhiry (@amirnadhir1) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cuba bayangkan ramadhan tanpa terawih and bazaar

— thawrique (@_thawrique) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I just want to spend ramadhan and hari raya with my family so please stay at home gais.

— unnie (@atiquestikah) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

lagi seminggu after 14 April nk ramadhan..bygkan kalau dipanjangkan lagi..Tarawih dekat rumah jeke..Taknak laaa

— (@tianggjalan) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita membantu antara satu sama lain untuk memutuskan penularan COVID-19 ini.
Sama-sama kita patuh dengan perintah yang dikeluarkan agar semua rakyat Malaysia boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.
#KekalTenang dan #DudukRumah untuk sama-sama #HapusCOVID19.
#14 April #COVID-19 #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan #Ramadan #Tan Sri Muhyiddin Yassin
;