Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi memberi jaminan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Beliau berkata kementeriannya bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk melakukan perjumpaan dengan pemain industri dari semasa ke semasa selaras pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini.
"Saya dan Timbalan Menteri telah melakukan lawatan mengejut ke beberapa pasar raya dan (melakukan) tinjauan. Maklum balas daripada penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara mendapati stok bekalan keperluan mencukupi dan tiada kenaikan harga.
"Bagi memastikan bekalan barangan makanan terjamin dan tidak berlaku kenaikan harga, seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP telah digerakkan di seluruh negara," katanya dalam Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) mengenai situasi semasa bekalan barang keperluan yang disiarkan oleh semua stesen televisyen di sini, hari ini.
Beliau berkata KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Nanta turut mengingatkan semua peniaga termasuk yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam talian atau e-dagang supaya bersikap jujur, beretika dan tidak mengambil kesempatan dalam situasi ketika ini.
"Saya juga ingin memberi peringatan kepada peniaga, jangan sekali-kali menyorok barangan keperluan dengan tujuan untuk mengaut keuntungan. Jadilah pengguna bestari dan peniaga beretika.
"Saya faham kesukaran yang dihadapi pengguna ketika ini. Rancanglah perbelanjaan anda secara berhemat. Jangan membeli secara berlebihan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Alexander Nanta Linggi mengingatkan semua peniaga supaya jujur. Gambar fail.
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.
NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.
PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.
Nanta luah rasa simpati kepada penduduk terkesan banjir di Kapit
Nanta meluahkan rasa simpati terhadap penduduk di Rumah Dennis Langok, Amang Ulu yang terkesan teruk akibat bencana banjir pagi ini.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Projek sekolah perlu siap dalam tempoh, harga ditetapkan - Nanta
Beliau berkata dalam konteks Sarawak, kontraktor yang dipilih bagi projek sedemikian telah menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.