PKP: Kesan 'lockdown' kedua kepada negara yang pernah laksanakannya
Umavathi Ramayah
Januari 9, 2021 19:29 MYT
Januari 9, 2021 19:29 MYT
KUALA LUMPUR: Melihat pada peningkatan angka COVID-19 dengan jangkaan lebih 8,000 kes pada pertengahan Mei, sekiranya kadar jangkitan (R naught) kekal pada 1.2, maka adalah tidak mustahil lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan sekali lagi di Malaysia.
Jika terus dibiarkan, ia bukan sahaja melumpuhkan insitusi kesihatan negara malah akan meletakkan setiap rakyat Malaysia dalam risiko.
Namun kali ini, pelaksanaan PKP sekirannya dilaksanakan semula berkemungkinan menggunakan pendekatan sedikit 'lembut' berbanding kali pertama memandangkan pada ketika itu negara masih belum mempunyai aplikasi-aplikasi serta kaedah spesifik yang boleh membantu mengesan penyebaran virus itu.
Bagaimanapun begitu, pelaksanaan lockdown kedua bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya pernah dilaksanakan di beberapa negara ketika berdepan dengan gelombang kedua peningkatan kes COVID-19 dan terbukti berkesan.
England 29 Oktober - 2 Disember 2020
- England melaksanakan lockdown kedua ketika R-Naught COVID-19 berada pada bacaan antara 1.2 dan 1.4.
Jerman 2 November - 30 November 2020
- Setakat ini, Jerman merekodkan kematian 38,795 orang dengan 1.5 juta individu sembuh daripada COVID-19.
Greece 7 November - 30 November 2020
- Ketika lockdown diumumkan lebih 47,000 individu disahkan positif.
Sepanyol 26 Oktober - 9 November 2020
- Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyifatkan lockdown kedua yang dilaksanakan di negara itu terbukti keberkesananannya ketika angka jangkitan semakin meningkat.
#COVID-19
#R-Naught
#PKP
#second lockdown
#kes tertinggi
#unit rawatan rapi
#perintah kawalan pergerakan
#Pelaksanaan PKP
#PKP kedua
#lockdown
#rakyat Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah