KUALA LUMPUR: Semua kaunter di 123 pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) seluruh negara akan dibuka secara janji temu bermula Selasa selaras dengan langkah kerajaan memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata pendeposit boleh membuat janji temu dengan melayari laman sesawang TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik pada menu pilihan urusan janji temu yang akan dimuat naik bermula hari ini.
Beliau berkata pendeposit boleh membuat janji temu untuk berurusan di kaunter bermula 9.30 pagi hingga 1 petang setiap hari (kecuali cuti umum dan mingguan).
"Para pendeposit yang hadir hendaklah memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi dengan sentiasa memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di ruangan pejabat.
"Bilangan pendeposit dalam ruangan pejabat juga akan dihadkan bagi memastikan SOP terpelihara.
"Pendeposit perlu mendaftar masuk dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis TH," katanya.
Pada masa sama, TH menyarankan pendepositnya agar mengguna pakai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan melalui THiJARI selain boleh memilih saluran perkhidmatan elektronik dan dalam talian bank rakan strategik TH serta Ejen Kutipan TH di lebih 10,000 titik sentuh seluruh negara terutama sepanjang tempoh PKP 3.0.
Bagi pendeposit yang ingin mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat awal berkaitan Hibah Amanah dan urusan Pusaka, TH juga menyediakan kemudahan panggilan semula yang boleh diakses melalui laman sesawang TH.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021

Pendeposit boleh membuat janji temu untuk berurusan di kaunter bermula 9.30 pagi hingga 1 petang setiap hari (kecuali cuti umum dan mingguan). - Gambar fail

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil, disuntik vaksin dan dirawat
Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM perluas sistem janji temu di fasiliti kesihatan primer melalui MySejahtera
Sistem janji temu itu bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing.

Janji temu dos penggalak melalui SMS, MySejahtera - KP Kesihatan
Janji temu bagi penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar ataupun melalui aplikasi MySejahtera bagi mempercepatkan lagi pemberian dos itu.

Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja
Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja.

55,017 rakyat Sarawak sudah terima dos penggalak, periksa MySejahtera untuk janji temu anda
Berdasarkan data JKNS, setakat 28 Oktober 2021, seramai 55,017 penduduk di Sarawak telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Selepas Moderna, Singapura benar 'walk-in' di 26 pusat vaksinasi COVID-19 Pfizer-BioNTech
Ia bagi mempermudah rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang berusia 12 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin.

Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad dengan membuat pilihan negeri dan cawangan pejabat pos.

3,600 penerima vaksin 'walk-in' hadir di PPV KLCC pada hari pertama
Hari pertama pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' berjalan lancar di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang, pada Isnin.

CITF umum 9 PPV 'walk-in' di Lembah Klang
Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau "walk-in" tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini.

Janji temu dos kedua vaksin COVID-19 di empat PPV Lembah Klang diawalkan - CITF
Janji temu bagi penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang yang dijadualkan pada 8 Jun ini diawalkan ke 7 Jun di dua PPV baharu.