PKP: Ini lima perkara penting dalam kenyataan media harian MKN

Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 22, 2021 19:10 MYT
Hanya lima lokaliti dikenakan PKPD dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MKN pada Ahad
KUALA LUMPUR: Ini lima perkara penting yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
1) Hanya lima lokaliti dikenakan PKPD oleh MKN pada Ahad
2) Tiga lokaliti dikenakan PKPD di Kelantan membabitkan Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang di Mukim Jai Besar selain Kampung Bunut Sarang Burung di Mukim Wakaf Bharu
3) Dua lokaliti dikenakan PKPD di Sabah membabitkan Kampung Buanog Mantunggong, Kudat dan Kampung Balung Cocos, Tawau.
4) Tempoh PKPD bermula 24 Ogos sehingga 6 September 2021
5) MKN turut menamatkan PKPD di tujuh lokaliti membabitkan empat negeri di Kedah, Sabah, Terengganu dan Pahang.
#Kajang #Kedah #MKN #Pahang #perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPD #Sabah #Tawau #terengganu
;