PKP Fasa 1: Industri komunikasi dan multimedia mesti mohon kebenaran beroperasi - MCMC
Kenyataan Media
Mei 31, 2021 16:39 MYT
Mei 31, 2021 16:39 MYT
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa pihaknya telah diberikan kuasa oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi kepada para pemegang lesen dari MCMC yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu (essential) di bawah seliaan Kementerian tersebut iaitu sektor telekomunikasi dan Internet, penyiaran serta pos dan kurier sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 yang bermula dari 1 hingga 14 Jun 2021.
Sehubungan itu, permohonan hanya boleh dibuat oleh pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012 dan Akta Tandatangan Digital 1997.
Hanya pemegang lesen di bawah sektor-sektor yang dikenal pasti sebagai perkhidmatan perlu boleh membuat permohonan kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi pihak syarikat dan syarikat-syarikat vendor di dalam rantaian perkhidmatan mereka kepada MCMC menerusi e-mel: mco.compliance@mcmc.gov.my.
Senarai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah seperti jadual yang tertera di bawah:
Kebenaran bersyarat kepada pemegang lesen, memerlukan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap rantaian perkhidmatan yang dipohon oleh pihak pemegang lesen.
Kebenaran bersyarat ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan akan terbatal sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang ditetapkan.
#MCMC
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#total lockdown
#perkhidmatan perlu
#surat kebenaran
#Majlis Keselamatan Negara
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Malaysia
#COVID-19