PKP: Empat SJR di Petaling Jaya kekal

Bernama
Mei 5, 2021 05:52 MYT
Polis Petaling Jaya akan mengekalkan empat sekatan jalan raya di daerah itu susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Petaling Jaya akan mengekalkan empat sekatan jalan raya (SJR) di daerah itu susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor termasuk daerah Petaling bermula 6 hingga 17 Mei.
Di daerah Petaling Jaya, empat lokasi SJR yang dikekalkan ialah di SJR Tol Sungai Buloh, SJR Tol Kota Damansara, SJR Tol Damansara dan SJR Tol Subang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya juga akan menambah kekuatan pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan PKP selain akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP supaya jaringan wabak COVID-19 dapat diputuskan.
-- BERNAMA
#SJR #Sekatan Jalan Raya #Petaling Jaya #Petaling #PKP #perintah kawalan pergerakan #Selangor #COVID-19 #polis #operasi #SOP #pemantauan
;