PKP di Taiping, Larut, Matang dan Selama bermula 7 Mei

Astro Awani
Mei 5, 2021 12:09 MYT
Ismail Sabri menjelaskan, pelaksanaan PKP di kawasan ini untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Taiping, daerah Larut, Matang dan Selama di Perak bermula 7 hingga 20 Mei.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan itu dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
"KKM melaporkan terdapat peningkatan kes bagi tiga kluster aktif di Mukim Taiping iaitu Kluster Jalan Kolam Dua di Kampung Exco, Kluster Jalan Pokok Assam di Kampung Pokok Assam dan Kluster Jalan Sepat di Kamunting,"katanya menerusi kenyataan harian pelaksanaan PKP pada Rabu.
BACA: PKP di Kuala Lumpur mulai 7 Mei hingga 20 Mei
BACA: PKP di Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi mulai 7 Mei
Beliau menjelaskan, pelaksanaan PKP di kawasan ini untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain.
Ismail Sabri juga memaklumkan, Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini.
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKP #Taping #Selama #Perak #COVID-19 #SOP #Larut #matang