PKP di Kelantan, Sibu: Ini perkara penting Mesyuarat Khas MKN hari ini
Astro Awani
Januari 15, 2021 17:51 MYT
Januari 15, 2021 17:51 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kelantan dan daerah Sibu bermula esok.
Ini perkara penting yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau pada Jumaat:
1. Kerajaan setuju laksana PKP diseluruh Kelantan susulan peningkatan kes COVID-19 bermula 16 Januari.
2. Seluruh daerah Sibu diarah jalani PKP selepas berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di daerah itu.
3. Pelajar sekolah, penuntut universiti tidak wajib jalani ujian saringan COVID-19 sekiranya ingin kembali ke sekolah, kampus.
4. Hanya pelajar sekolah, penuntut universiti yang mempunyai gejala COVID-19 disaran jalani ujian saringan COVID-19.
5. Pelajar boleh ke sekolah dengan berambut panjang ekoran perkhidmatan gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi.
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#ujian saringan
#Kelantan
#PKP
#PKPB
#Menteri Kanan Pertahanan