PKP di 6 daerah di Selangor, ini 5 tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Astro Awani
Mei 4, 2021 18:32 MYT
Mei 4, 2021 18:32 MYT
KUALA LUMPUR: Enam daerah daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.
Keputusan itu dibuat kerajaan setelah mengambil kira peningkatan kes COVID-19 yang mendadak serta bagi memutuskan penularan jangkitan COVID-19.
Berikut lima tumpuan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
2. Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal PKPB.
3. PKP bagi daerah yang terlibat akan mula berkuat kuasa pada 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.
4. Pergerakan rentas negeri dan daerah dalam enam daerah PKP tidak dibenarkan kecuali atas urusan kecemasan.
5. Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat
#listicle
#ismail sabri yaakob
#Malaysia
#Menteri Kanan Pertahanan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPB