PKP: Bekalan makanan mencukupi, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Raja Hisyam Raja Zaid
Jun 9, 2021 19:56 MYT
Ismail Sabri berkata, KPDNHEP mengesahkan bekalan makanan adalah mencukupi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Seramai 885 individu ditahan dalam Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berikut adalah tumpuan utama kenyataan media beliau, hari ini:
1- Seramai 885 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pematuhan SOP PKP.
2- Seramai 852 individu telah dikompaun manakala 33 lagi direman.
3- Sepuluh lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah, Pahang, Johor, Sarawak dan Kelantan.
4- Sebanyak 86 operasi sanitasi awam dilaksanakan di seluruh negara pada Selasa meliputi 45 zon merah dan zon kuning (empat).
5- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan bekalan makanan adalah mencukupi.
#SOP #Polis Diraja Malaysia #Malaysia #perintah kawalan pergerakan #tumpuan utama #ismail sabri yaakob
;