PKP: 60 premis diarah tutup, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Astro Awani
Julai 27, 2021 19:20 MYT
Julai 27, 2021 19:20 MYT
PASUKAN Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 19,081 anggota telah melaksanakan 80,431 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 27 Julai:
1) Gagal patuhi SOP, 60 premis kilang, perniagaan, tapak binaan diarahkan tutup.
2) Seramai 465 individu ditahan ingkar SOP, 438 dikompaun, 27 direman.
3) Op Benteng tangkap 14 orang PATI, rampas 4 buah kenderaan darat.
4) Sebanyak 890 Sekatan Jalan Raya dilaksanakan.
5) Seramai 380 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan dikuarantin.