PKP 2.0: SOP Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat

Hasimi Muhamad
Februari 2, 2021 16:20 MYT
Sambutan Tahun Baharu Cina akan diraikan pada 12 Februari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baharu Cina di seluruh negara akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersama Kementerian Perpaduan Negara telah merangka SOP perayaan berkenaan.
"Oleh kerana (Perintah Kawalan Pergerakan) sudah disambung dan Tahun Baharu CIna termasuk dalam PKP di seluruh negara, saya percaya SOP akan dapat dikeluarkan dalam masa terdekat. Insya-Allah sudah siap kita umum," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan PKP 2.0 dilanjutkan bermula 5 Februari sehingga 18 Februari di seluruh negara kecuali di Sarawak.
Sambutan Tahun Baharu Cina akan diraikan pada 12 Februari ini.
BACA: PKP: 680 individu ditahan, 63 dikompaun langgar SOP
#SOP #KKM #Kementerian Kesihatan #PKP #Tahun Baharu Cina #COVID-19 #Ismail Sabri
;