PKP 2.0: Pematuhan SOP di Sabah rendah

Eleanor Michelle Patrick
Januari 14, 2021 10:48 MYT
Jelas Masidi, setakat Rabu sebanyak 12 sekatan jalan raya telah dilaksana melibatkan pemeriksaan 6,993 kenderaan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Tahap kesedaran orang ramai dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah masih berada di kadar yang rendah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mendedahkan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat adalah serendah 93.75 peratus.
Jelas beliau, kemerosotan berkenaan dipercayai menyebabkan punca kes positif COVID-19 mencanak naik di negeri ini ekoran kelalaian orang ramai mematuhi SOP.
"Susulan faktor tersebutlah yang menyebabkan kes positif COVID-19 di Sabah meningkat semula dan kita terpaksa menjalani PKP sekali lagi.
"Berdasarkan statistik sebelum ini, kebanyakan daerah dilihat mematuhi SOP dengan baik namun pada semalam, lima daerah mencatat 93 peratus pematuhan yakni Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
SEMUA YANG ANDA PERLU KETAHUI BERHUBUNG PKP 2.0 DI SINI
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
"Selainnya hanya 94 peratus," katanya.
Jelas Masidi, setakat semalam sebanyak 12 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksana melibatkan pemeriksaan 6,993 kenderaan.
Daripada jumlah tersebut, empat buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik manakala 18 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19.
#COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #Masidi Manjun #Sabah #Kota Kinabalu #kesihatan #Sekatan Jalan Raya #SJR #kerajaan #Dr Noor Hisham Abdullah #Muhyiddin Yassin
;