PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Nailah Huda
Januari 13, 2021 16:46 MYT
Januari 13, 2021 16:46 MYT
Operasi kedai dobi layan diri, kedai gunting rambut dan kedai pakaian antara operasi yang tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 13 Januari. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang dikuatkuasakan di enam buah negeri menyaksikan beberapa aktiviti perniagaan tidak dibenarkan beroperasi pada tempoh penguatkuasaan dari 13 hingga 26 Januari ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) am bagi kawasan-kawasan yang tertakluk kepada PKP 2.0 memaklumkan, antara operasi yang dilarang termasuk operasi kedai dobi layan diri dan gunting rambut, seperti yang dikuatkuasakan pada PKP pertama Mac 2020.
Dalam masa sama, waktu operasi bagi premis-premis tertentu turut berbeza seperti restoran yang hanya dibenarkan dibuka dari 6 pagi sehingga 8 malam.
Berikut adalah senarai aktiviti dan jenis perniagaan yang TIDAK dibenarkan:
Aktiviti ekonomi
- Makan dalam restoran (hanya bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dibenarkan)
- Kedai dobi layan diri
- Kedai gunting rambut
- Kedai pakaian
- Kedai cermin mata
- Kedai gunting rambut, salon, spa dan refleksologi
- Pasar malam
- Kelas tuisyen, muzik, tarian, seni, mengaji, bahasa dan sebagainya
- Kelab malam, pub, pusat karaoke
- Konsert, acara langsung
- Seminar, bengkel, kursus, persidangan, latihan
- Mesyuarat bersemuka agensi kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar dan boleh dilaksanakan menerusi sidang video
- Majlis rasmi dan majlis sosial
- Semua aktiviti sukan kecuali joging dan berbasikal
- Restoran/kedai makan/penjaja: 6 pagi - 8 malam
- Hospital, klinik: 24 jam/mengikut lesen kebenaran beroperasi
- Kedai farmasi: 6 pagi - 8 malam
- Kedai keperluan harian: 6 pagi - 8 malam
- Stesen minyak (kecuali di lebuhraya): 6 pagi - 10 malam
- Pasar harian dan pasar tani: 7 pagi - 2 petang
- Pasar borong: 12 tengah malam - 6 pagi serta 11 pagi - 4 petang
- Klinik dan kedai makanan haiwan: 6 pagi - 8 malam
- Kedai dobi (kecuali dobi layan diri): 6 pagi - 8 malam
#PKP
#PKP 2 0
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#MITI
#gunting rambut
#dobi
#pakaian
#operasi