PKP 2.0: Ini perkara penting anda perlu tahu daripada pengumuman PM

Firdaus Azil
Januari 11, 2021 11:08 MYT
PKP 2.0 perlu kerana fasiliti KKM sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari.
Berikut adalah perkara-perkara penting daripada pengumuman Perdana Menteri.
1. Enam negeri PKP ialah – Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
2. Enam negeri PPKB ialah – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan.
3. Dua negeri PKPP ialah - Perlis dan Sarawak.
[
SIDANG MEDIA] Perutusan Khas Perdana Menteri | 11 Januari 2021
4. Semua aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai di negeri kategori PKP dan PKPB tidak dibenarkan.
BACA: PKP 2.0: Teks penuh perutusan khas Perdana Menteri
5. Aktiviti sosial di negeri PKPP dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP yang ketat.
6. Pergerakan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan sama sekali.
7. Pergerakan rentas daerah di negeri PKP tidak dibenarkan sama sekali.
8. Pergerakan bagi rakyat di negeri PKP hanya dibenarkan dalam radius 10 kilometer sahaja.
Boleh beriadah tapi dengan anggota isi rumah sahaja - PM
9. Hanya dua anggota isi rumah dibenarkan keluar membeli barangan keperluan menaiki kenderaan yang sama.
10. Individu yang melanggar arahan PKP boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
#PKP #perintah kawalan pergerakan #Muhyiddin Yassin #pergerakan rentas negeri #Kementerian Kesihatan #PKPP #PKPB #Malaysia #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Adham Baba #vaksin COVID-19