PKP 2.0: Industri kreatif dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat - Ismail Sabri
Astro Awani
Februari 9, 2021 19:44 MYT
Februari 9, 2021 19:44 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor industri kreatif kembali beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bermula Rabu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira rayuan yang dibuat oleh pemain industri kreatif.
Beliau berkata, senarai yang dibenarkan beroperasi adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital dan rakaman lagu di studio.
"Turut dibenarkan adalah pra-produksi penggambaran serta penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitkom, siaran langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton," katanya.
Sebelum beberapa pemain industri kreatif merayu agar kerajaan membenarkan mereka kembali beroperasi ekoran dari hilang punca pendapatan apabila banyak kegiatan tidak dibenarkan.
#PKP
#ismail sabri yaakob
#industri kreatif
#studio
#SOP ketat
#Penggambaran
#rakaman lagu
#telemovie