PKP: 1,527 operasi sanitasi sejak 30 Mac lalu
Astro Awani
April 13, 2020 16:03 MYT
April 13, 2020 16:03 MYT
1,527 operasi sanitasi telah dilakukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di 89 zon termasuk di 26 zon merah sejak 30 Mac lalu susulan penularan wabak COVID-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk di 1,062 bangunan kerajaan, 638 tempat awam, 675 pusat perniagaan dan 124 pasar raya.
"Semalam (12 April), sebanyak 114 operasi sanitasi meliputi 43 zon di 12 negeri, termasuk 33 kawasan di Johor dan 19 kawasan di Pahang, yang mana sebanyak 75 bangunan kerajaan, 36 tempat awam, 76 pusat perniagaan dan 9 pasar raya telah disanitasi.
"Semalam juga sebanyak 9 kawasan gunasama skim strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah disanitasi menjadikan jumlah keseluruhan 26 kawasan gunasama zon merah di Selangor telah selesai disanitasi,' ujar beliau.
Pada masa sama katanya semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) di zon merah dan zon kuning di seluruh negara telah selesai disanitasi, yang melibatkan sejumlah 37,686 unit rumah.
#coronavirus
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#menteri
#operasi
#Pahang
#rakyat
#rumah