PKD Hulu Langat nafi mesej tular pemberian vaksin Sinovac besar-besaran

Hilmi Malik
Julai 8, 2021 08:07 MYT
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan mesej tular berkenaan dan memohon orang ramai untuk hentikan penyebaran mesej berkenaan.
KUALA LUMPUR : Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat menafikan mesej tular di media sosial berhubung pemberian vaksin Sinovac secara besar-besaran pihak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre.
Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, dakwaan pemberian vaksin terhadap pihak yang telah melengkapkan butiran peribadi itu merupakan berita palsu.
“Pihak PKD Hulu Langat menegaskan bahawa pihaknya mahupun PPV BACC tidak mengeluarkan mesej berkenaan dan orang ramai disaran untuk menghentikan penyebaran maklumat tersebut yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” memetik kenyataan tersebut.
Baru-baru ini, tular di media sosial dan hantaran menerusi ‘WhatsApp’ berhubung pemberian vaksin Sinovac secara besar-besaran oleh pihak PPV Bangi Avenue Convention Centre.
#berita palsu #Sinovac #PKD Hulu Langat #vaksin #KKM #PPV #PPV Bangi Avenue Convention Centre